Sekilas pandang, kenapa beragama ? menampakkan suatu persoalan yang tidak perlu diberi jawapan kerana sudah menjadi pengetahuan umum bahawa beragama itu adalah suatu perkara yang menjadi tabiat manusia.Kalau dikaji sejarah orang-orang dahulu kala kita dapati semuanya beragama walaupun beragama yang tidak diakui oleh Pencipta Alam ini.Tetapi soalannya mereka tetap beragama dan tetap mengakui kelemahan mereka.
Oleh kerana pada zaman yang dikatakan moden ini umat manusia sudah sampai kemercu kejayaan dan kemajuan dalam segala bidang,telah menganggap bahawa orang-orang dahulu kala itu beragama kerana ingin mencari perlindungan dari bencana alam,oleh itu apa yang mereka jumpai dan disangkanya boleh memberi bahaya keatasnya maka disembahlah fenomena alam itu dan seterusnya.Pendapat ini diserapkan pula kepada Agama Islam.Mereka berpendapat bahawa Agama Islam juga melalui pada proses yang sama dengan agama-agama yang lain.Pendapat ini tidaklah dapat diterima kerana Agama Islam adalah suatu agama yang diturunkan Allah melalui Jibrail kepada Muhammad S.A.W untuk disebarkan terus kepada seluruh umat manusia ketika itu tanpa ada batasan tidak kira apa bangsa sekalipun.Tugas Nabi Besar Junjungan kita ialah untuk menyampaikan atau memberi dakwah tentang agama tersebut.Dengan dasar inilah ia akan menjawab sebarang persoalan yang ditimbulkan berlandaskan prinsip-prinsip tadi iaitu beragama.
Kalimat agama adalah dari bahasa Sanskret sama ertinya dengan “peraturan” dalam bahasa kita.Ada juga yang mengatakan kalimat agama dalam bahasa Sanskret itu asalnya terdiri dari dua suku kata iaitu A dan suku Gama yang pertama bermakna TIDAK dan suku yang kedua bermakna Kacau,jadi makna kedua-duanya tidak kacau.
Professor Dr Hamka menegaskan dalam bukunya “Tasauf Moden” bahawa agama itu ialah buah atau hasil kepercayaan dalam hati; iaitu ibadat yang terbit lantaran telah ada iktikad lebih dahulu,menurut dan patuh krerana iman.Maka tidaklah timbul ibadat kalau tidak ada tasdiq dan tidak terbit patuh kalau tidak dari taat yang terbit kerana telah ada tasdiq (membenarkan) atau iman.Secara umum bahawa agama itu adalah suatu peraturan atau undang-undang yang wajib dipatuhi supaya umat manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram berdasarkan kehendak-kehendak agama tersebut.
Manusia memerlukan agama.Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu,jasad dan roh.Kedua-keduanya tidak dapat dipisahkan lagi.Sejak dahulu hingga kini ,walaupun dimana sahaja manusia berada mesti memerlukan agama.Mengapa? Rasa ingin beragama adalah fitrah dan tabiat semulajadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia.Mereka yang memilih untuk tidak beragama cuba melawan fitrah.Kesannya jiwa mereka kosong.Hidup tiada pedoman dan panduan.Oleh kerana itu Allah menurunkan agama kepada manusia bagi dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi.Sekiranya Allah tidak menurunkan agama ,sudah tentu manusia akan sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas.Manusia tiada mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, ,matlamat hidup,cara terbaik untuk hidup,persoalan ketuhanan,persoalan kehidupan selepas mati,perkara-perkara ghaib seperti malaikat,syurga dan neraka,pembalasan amal dan sebagainya.
Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia. Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Peranan agama yang paling dominant adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama juga dapat menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat.Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dari segi pertuturan,perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. Selain itu agama memainkan peranan yang vital dalam membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan ketenangan dan keamanan di kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan keamanan serantau. Ini dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang bencikan peperangan. Agama Islam juga melarang umatnya untuk memulakan peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan aman(perbincangan). Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim.
Agama menggariskan segala peraturan berkaitan dengan kehidupan manusia, Agama menyediakan peraturan lengkap yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dari segi individu, masyarakat, ekonomi, politik dan lain-lain. Agama juga menjelaskan panduan atau cara yang perlu untuk menghasilkan satu perhubungan yang harmoni sesama manusia, antara Pencipta dan dengan alam sekitar.
Akal fikiran yang terbatas tidak mampu menyingkap sesuatu kebenaran.Agama Menyediakan cara penyelesaian kepada segala masalah yang sudah, sedang dan akan berlakudalam kehidupan manusia. Semua agama yang ada secara umumnya bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Tuhan dan memohon kebahagiaan, kejayaan dan kebebasan hidup di dunia. Manusia dijadikan pelbagai bangsa, suku dan puak. Kenapa manusia dijadikan sedemikian? “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kami di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (Al-Hujurat: 13)Allah jadikan kamu berbangsa-bangsa agar kamu saling kenal mengenali antara satu sama lain. Berlainan bahasa dan warna kulit adalah tanda-tanda kekuasaan Allah. Seandainya pelbagai kaum ini adalah bertujuan untuk bermusuh-musuhan, nescaya Allah jadikan satu kaum sahaja. Rasulullah SAW menerangkan bahawa seluruh manusia adalah berasal daripada satu bapa dan satu ibu. Sebagaimana sabdanya: Wahai Manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal), dan kamu sekalian daripada Adam dan Adam berasal dari tanah.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
AGAMA PERKARA MUTLAK KEPADA MANUSIA
Tuhan yang maha kuasa menjadikan alam buana yang luas terbentang dan menjadikan manusia dan hikmat menurut iradat dan kudrat yang Maha tinggi.Tiap-tiap satu kejadian termasuk bumi,mtahari ,bulan,bintang,Merkuri,Venus,Mars,Saturn,Jupiter,Uranus dan Pluto serta berjuta-juta lagi yang tidak diketahui hanya Allah sahaja yang beredar,bergerak,berjalan menurut peraturan dan ketentuan-ketentuan Allah yang sangat rapi dan halus mengikut sunah Allah.Begitu juga manusia yang menjadi khalifah Allah di bumi mestilah hidup menurut hukum-hukum yang ditetapkan Allah demi keselamatan dan kesejahteraan baik didunia dan akhirat.Manusia dijadikan Allah terdiri daripada dua unsur iaitu unsur jasmani dan rohani.Di dalam tubuh manusia terdapat dua kekuatan atau dua tenaga.
Yang pertama,tenaga yang membina yang tunduk dibawah pengendalian akal yang waras yang mebolehkan membezakan antara yang baik dan buruk,betul dan salah.Tenaga ini yang boleh mengarahkan kepada kebijakan dan keadilan,persamaan kasih sayang,tolong menolong dan sebagainya.Yang kedua tenaga yang merosak yang tunduk dibawah runtunan nafsu,naluri yang liar,sesat,tamak,angkuh, hasad dengki ,bangga,suka menumpahkan darah,melakukan kekacauan,huru hara,melakukan fitnah dan sebagainya membawaa keburukan dan kehancuran masyarakat dan negaraDi tengah-tengah dua kekuatan dan pengaruh inilah manusia berada didalam masyarakat. Ramai manusia yang menjadi korban nafsu,korban pada kebendaan,pangkat dan kemasyhuran.
Menurut Islam manusia merupakan makhuk Allah yang mulia dan sempurna serta indah kejadiannya. Allah meciptakan manusia pertama di-syurga dan seterusnya menempatkan kehidupannya di muka bumi hingga ke hari kiamat. Fakta ini dapat kita ketahui melalui ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Tin:4, Surah al-Baqarah;30, dan lain-lain.Manakala agama di istilahkan sebagai ad-deen bagi sebutan yang tepat sebagai cara hidup yang diredai oleh Allah. Pertunjuk mengenainya boleh ditemui dengan meneliti firman Allah dalam surah al-Baqarah: 285, surah Ali Imran;19, surah Ali Imran:85, surah al-Maidah:3, surah al-Taubah:33dan lainnya.
Dalam konteks hubungan, manusia dan Agama tidak dapat dipisahkan. Sejarah manusia telah mencatatkan bahawa manusia dari sejak mula diciptakan telah memberikan fokus utama dan terpenting kepada agama atau kepercayaan. Cuma yang membezakan adalah, samaada manusia berjaya dalam pencarian agama yang benar dan haq atau kecundang dalam usahanya disebabkan faktor-faktor yang melingkungi kehidupan.

No comments:
Post a Comment